" When we woke up in the morning, we have 2 choices....
Go back to sleep and conntinue dreaming....
OR
wake up n chase the dream!"

Pages

Thursday, February 10, 2011

SDC Class LIVE -THURSDAY @ 8.30p.m

YA Allah...banyak sungguh cabaran, today is my 1st SDC Class and I was late! Me, arrived @ 9.40pm! Sedih rasanya hati kerana tidak berjaya pada kelas pertama! Dimana aura kejayaanku? dimana? MOtivasi dalam diri menurun! Namun walaupun lambat aku mendapat inspirasi daripada kelas hari ini...Kata sifu "Jangan menganggap halangan itu sebagai satu MASALAH , ianya cuma satu CABARAN yang harus kita lawan dan kuatkan semangat agar cabaran itu dapat diatasi!"

Cabaran dan masalah merupakan dua perkataan yang banyak bezanya! Mulai dari hari ini, wahai sahabat sekalian anggaplah halangan yang anda hadapi sebagai satu CABARAN dan bukannya MASALAH. Tidak kira ditempat kerja mahupun dalam rumahtangga!

Hari ini aku berkenalan dengan rakan seperjuangan yang masing-masing telah berjaya! Sumber inspirasi kejayaanku..Mereka BOLEH begitu jua AKU!

Tuesday, February 1, 2011

Azam baruku...

Setiap insan yang dilahirkan kedunia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Jadikan kelebihan satu peluang dan jadikan kelemahan itu satu kekuatan yang tiada pada insan lain. Aku? aku? Aku dapat rasakan diriku dilahirkan kedunia ini dengan penuh aura kejayaan! Masakan tidak kelahiranku sendiri merupakan satu KEJAYAAN BESAR ibu dan ayahku yang menunggu hampir 20tahun  menunggu tanpa mengenal erti  PUTUS ASA. Aku merupakan anak perempuan sulung yang sangat dinanti-nantikan setelah ibu bapaku mempunyai 8 orang anak lelaki iaitu abang-abang kandungku. Manakala kejayaan kedua merupakan adik permpuanku yang lahir 5 tahun kemudian. Oleh itu kami berdua telah dinamakan  INTAN  kerana merasakan kelahiran kami berdua adalah sangat berharga seperti INTAN PERMATA. Aku , Intan Suzana dan adikku Intan Suraya. PERFECT! 10 orang adik beradik yang sihat kesemuanya. Inilah aura kejayaanku yang bersama!

Semangat membara inginkan perubahan, jangan risau kalian... kecintaan pada bidang perguruan tidak akan ku lupakan...hanya mahu membuka pintu hati memberi peluang kepada fasa lain agar diri ini maju kehadapan. Nekadku menghubungi rakan lama untuk bertanyakan peluang baru. Biarlah kunamakannya 'SIFU'... Alhamdulillah Yang Maha Esa membuka laluan mudah padaku. Sifu ditalian dan membalas mesejku. Aku bertambah teruja apabila dirinya menyambut baik setiap persoalan yang diajukan. Melihatkan dirinya kini telah berjaya, aku berasa iniah dia yang kucari selama ini....di manakah 'kejayaan' milikku selama ini? Aku harus segera mencari semula aura kejayaan yang sepatutnya milikku selama ini...

Ada sepotong hadis menyatakan bahawa "Nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah kecuali diri mereka sendiri.." Wallahualam..

My inside has to wake up first....dengan izin mr.hubby aku akan mengorak langkah mencari diriku (kejayaan)  yang telah jauh menghilang daripada roh dan jasad!

Jangan CUBA untuk BERJAYA ! Tetapi MESTI BERJAYA!

Saturday, January 22, 2011

Nasib pekerja kontrak 2011

DALAM keadaan politik dan ekonomi yang stabil, sektor awam merupakan cabang pekerjaan yang menjadi rebutan. Ia ditambah dengan pelbagai kelebihan lain yang dalam kebanyakan sudut jauh lebih baik berbanding sektor swasta.

Ketika ini dianggarkan terdapat seramai 1.2 juta orang pekerja yang berkhidmat di sektor awam. Jumlah itu tidak termasuk kira-kira 60,000 lagi pekerja yang berkhidmat secara kontrak. Bagi sebuah pentadbiran negara yang kukuh, jumlah pekerja kontrak itu boleh dianggap tinggi.
Kerana itu, timbul desakan supaya kerajaan mengkaji semula kedudukan pekerja kontrak itu dan menyerap mereka ke jawatan tetap. Antara yang lantang bersuara sudah semestinya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Kebimbangan CUEPACS itu sebenarnya lebih kepada kedudukan ekonomi pekerja. Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang suram ketika ini. Persaingan untuk mendapatkan kerja baru sudah semestinya sangat sukar apatah lagi dianggarkan sekurang-kurang 500,000 orang memasuki dunia pekerjaan saban tahun.
Lebih malang, ada pekerja kontrak itu yang sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen kewangan yang besar. Hilang pekerjaan dalam tempoh-tempoh yang sukar seperti ini pastinya lebih menyulitkan kehidupan mereka.
Bagi CUEPACS penyerapan pekerja kontrak ke jawatan tetap perlu diutamakan demi menjamin manfaat yang sewajarnya kepada kumpulan pekerja tersebut. Ia terutamanya kemudahan pencen apabila bersara yang diperlukan dalam meneruskan kelangsungan hidup. 

Justeru, adalah wajar bagi kerajaan untuk menimbangkan tuntutan CUEPACS itu dengan menyerap pekerja kontrak supaya nasib mereka dibela seadilnya. Lebih daripada itu, penyerapan tersebut juga memberi manfaat kepada kerajaan kerana kebanyakan daripada mereka adalah pekerja terlatih dan berpengalaman.
Cadangan menghapuskan sistem pekerjaan kontrak dalam sektor awam dilihat kurang sesuai untuk dilaksanakan. Seperti yang dikongsi oleh pemerhati sosial, Mohd Na'eim Ajis, kumpulan pekerja itu juga sudah mahir dengan struktur organisasi kerajaan.
Kerajaan juga katanya, dapat berjimat dalam soal kos latihan dan pembangunan staf di sesebuah agensi.
"Jangan disebabkan pelaksanaan yang dilakukan oleh sesetengah pihak tidak betul, sistem kontrak ini hendak dihapuskan," ujar pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.
Bagaimanapun di pihak kerajaan juga ada alasan yang munasabah. Sistem kontrak baik di sektor awam mahupun swasta dapat mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti. Majikan mempunyai liabiliti yang tinggi jika mengambil pekerja tetap terutamanya dari sudut faedah pekerjaan yang perlu disediakan berbanding pekerja kontrak. 

Aspirasiku : Kecintaanku dalam bidang perguruan di uji lagi...Jawatan GSTT Kontrak yang disandang sejak 16 Januari 2009 tidak akan disambung oleh kerajaan. Walhal, kerajaan Malaysia telah berjanji akan menyambung kontrak kami dan akan diserap kepada jawatan TETAP selepas 3 tahun berkhidmat.....Janji tinggal janji.....Walauapapun, aku percaya nasib kami akan terbela. Kecintaanku untuk mendidik anak bangsa, masih segar di sini dan tidak mungkin mudah layu...

(Sumber :http://cuepacs.blogspot.com/2009/12/timbang-nasib-pekerja-kontrak.html) 

Saturday, January 1, 2011

About me - Intan Suzana Mohd Bukhari

Seperti berjuta insan biasa diluar sana, cuma sedikit bertuah kerana semangat yang membara dalam diri ini mungkin lain sedikit dari yang lain. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian daripada salah sebuah universiti tempatan, pernah bekerja di Measat Broadcast Network System selama 4 tahun sebagai Executive (Team Leader-Aquarius), ingin terus mencari kepuasan diri. Nekad berhenti kerja kerana mahu memberi 100% fokus kepada keluarga. Setelah hampir setahun menjadi surirumah sepenuh masa, tahap kredibiliti dan juga semangat ingin terus berjaya semakin pudar. Mungkin ini harga yang perlu dibayar apabila sesuatu keputusan itu dibuat. Motivasi diri juga semakin menurun tetapi apabila melihat sendiri setiap perkembangan yang ditunjukkan anak-anakku...diri ini berasa puas, mendidik sendiri zuriat yang dikurniakan-NYA dan sentiasa berada disamping mereka apabila saat diperlukan. 

Namun, diri terasa masih ada banyak ruang kosong yang perlu diisi, ibarat pokok yang harus dibaja dan disiram setiap hari, ibarat kereta yang perlu diisikan minyak sebelum memulakan perjalanan...diri ini mahukan kelainan dan ingin berbakti kepada masyarakat...Tatkala, anak-anak sudah pandai membawa diri....kurasakan ini lah masanya meneruskan cita-cita besarku. Aku mengambil langkah untuk melayari profesion perguruan. Terasa inilah satu-satunya pekerjaan yang murni, mulia disamping punya banyak masa untuk keluarga. Hanya dua tahun sempat ku menggalas tanggungjawab mendidik anak bangsa...belum puas!!  Kecintaanku teruji lagi, Pekerja Kontrak 2011 bakal ditangguhkan sambungan kontrak...<brNasib pekerja kontrak 2011/>