Setiap insan yang dilahirkan kedunia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Jadikan kelebihan satu peluang dan jadikan kelemahan itu satu kekuatan yang tiada pada insan lain. Aku? aku? Aku dapat rasakan diriku dilahirkan kedunia ini dengan penuh aura kejayaan! Masakan tidak kelahiranku sendiri merupakan satu KEJAYAAN BESAR ibu dan ayahku yang menunggu hampir 20tahun menunggu tanpa mengenal erti PUTUS ASA. Aku merupakan anak perempuan sulung yang sangat dinanti-nantikan setelah ibu bapaku mempunyai 8 orang anak lelaki iaitu abang-abang kandungku. Manakala kejayaan kedua merupakan adik permpuanku yang lahir 5 tahun kemudian. Oleh itu kami berdua telah dinamakan INTAN kerana merasakan kelahiran kami berdua adalah sangat berharga seperti INTAN PERMATA. Aku , Intan Suzana dan adikku Intan Suraya. PERFECT! 10 orang adik beradik yang sihat kesemuanya. Inilah aura kejayaanku yang bersama!
Semangat membara inginkan perubahan, jangan risau kalian... kecintaan pada bidang perguruan tidak akan ku lupakan...hanya mahu membuka pintu hati memberi peluang kepada fasa lain agar diri ini maju kehadapan. Nekadku menghubungi rakan lama untuk bertanyakan peluang baru. Biarlah kunamakannya 'SIFU'... Alhamdulillah Yang Maha Esa membuka laluan mudah padaku. Sifu ditalian dan membalas mesejku. Aku bertambah teruja apabila dirinya menyambut baik setiap persoalan yang diajukan. Melihatkan dirinya kini telah berjaya, aku berasa iniah dia yang kucari selama ini....di manakah 'kejayaan' milikku selama ini? Aku harus segera mencari semula aura kejayaan yang sepatutnya milikku selama ini...
Ada sepotong hadis menyatakan bahawa "Nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah kecuali diri mereka sendiri.." Wallahualam..
My inside has to wake up first....dengan izin mr.hubby aku akan mengorak langkah mencari diriku (kejayaan) yang telah jauh menghilang daripada roh dan jasad!
Jangan CUBA untuk BERJAYA ! Tetapi MESTI BERJAYA!
No comments:
Post a Comment