Seperti berjuta insan biasa diluar sana, cuma sedikit bertuah kerana semangat yang membara dalam diri ini mungkin lain sedikit dari yang lain. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian daripada salah sebuah universiti tempatan, pernah bekerja di Measat Broadcast Network System selama 4 tahun sebagai Executive (Team Leader-Aquarius), ingin terus mencari kepuasan diri. Nekad berhenti kerja kerana mahu memberi 100% fokus kepada keluarga. Setelah hampir setahun menjadi surirumah sepenuh masa, tahap kredibiliti dan juga semangat ingin terus berjaya semakin pudar. Mungkin ini harga yang perlu dibayar apabila sesuatu keputusan itu dibuat. Motivasi diri juga semakin menurun tetapi apabila melihat sendiri setiap perkembangan yang ditunjukkan anak-anakku...diri ini berasa puas, mendidik sendiri zuriat yang dikurniakan-NYA dan sentiasa berada disamping mereka apabila saat diperlukan.
Namun, diri terasa masih ada banyak ruang kosong yang perlu diisi, ibarat pokok yang harus dibaja dan disiram setiap hari, ibarat kereta yang perlu diisikan minyak sebelum memulakan perjalanan...diri ini mahukan kelainan dan ingin berbakti kepada masyarakat...Tatkala, anak-anak sudah pandai membawa diri....kurasakan ini lah masanya meneruskan cita-cita besarku. Aku mengambil langkah untuk melayari profesion perguruan. Terasa inilah satu-satunya pekerjaan yang murni, mulia disamping punya banyak masa untuk keluarga. Hanya dua tahun sempat ku menggalas tanggungjawab mendidik anak bangsa...belum puas!! Kecintaanku teruji lagi, Pekerja Kontrak 2011 bakal ditangguhkan sambungan kontrak...<brNasib pekerja kontrak 2011/>